Biasanya robot dan satelit-satelit
yang dihantar untuk menangkap gambar contohnya di ruang angkasa lepas
dan juga merekod dan mentafsir maklumat tentang planet-planet tertentu
akan tidak digunakan apabila sudah tiba jangka hayatnya bukan? Para
astronomi macam biasa, memang tak akan membawa pulang robot-robot untuk
dihnatar ke bumi semula malah akan membiarkan robot-robot dan satelit
kekal di runag angkasa lepas.
Adakah dengan membiarkan jasad-jasad
tersebut boleh mencemarkan angkasa lepas? Sudah tentu tetapi ramai
dikalangan manusia masih mengingatkan bahawa masalah ini masih kecil.
Sebenarnya angkasa lepas kita tak ubah macam tong sampah.
Kalau merujuk kepada European Space
Agency, saintis berjaya mengenalpasti sekurang-kurangnya sebanyak 8,500
objek di sekitar orbit bumi. Itu bilangan objek yang besar? Yang kecil
punya objek bagaimana? Angkasaraya kita ini seperti satu kawasan yang
tak berpenghujung. Bumi itu sendiri dalam sistem solar yang juga
merupakan satu titik dalam galaksi bima sakti. Jadi agak-agaknya kalau
rasa tak boleh nak lupuas sampah sarap dan bahan toksin, hantar sahaja
ke angkasaraya. Macamtu?
Masalah-masalah yang akan dihadapi :
- Sampah-sampah tersebut akan jatuh terhempas kembali ke bumi
- Mengganggu sistem satelit yang lain. Mungkin?
- Perlanggaran di ruang angkasa lepas mungkin sangat mudah berlaku.
Walaubagaimanapun, buat masa ini ramai
melihat masalah sampah-sarap di angkasa lepas, bukan masalah yang besar.
Ini kerana atmosfera Bumi ini cukup luas. Keluasannya boleh diibaratkan
lautan Pasifik. Kalau kita buang sampah ke tengah-tengah lautan ada
kemungkinan ia akan berlanggar dengan sampah ke lautan lain? Ada memang
akan ada kemungkinan tetapi terlalu nipis. Itu baru cakap tentang
permukaan bumi yang cukup luas, apatah lagi keluasan di atmosfera sana.
P/S : Tetapi perlu diingat pada masa
inilah kita perlu bertindak, jangan tunggu sampah -sarap yang berselerak
di angkasa lepas dan semakin kronik baru nak bertindak. Apa pandangan
anda?

